Want your
own Fotopage?






 
amy n roza's FotoPage

By: amy roza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 15-Dec-2008 05:01 Email | Share | Bookmark
~ROTI JALA, KUAH KARI & LAKSA PENANG~

Salam semua!!!!

Sudah hampir 2 minggu fpku ini tidak 'berupdate'..bukanla nak kata buzy sgt pun cuma biasala kalau penyakit 'm' dah melanda mmg xdilayan fp nie..tp disebabkan minggu lepas kan minggu kite umat islam seluruh dunia menyambut HARI RAYA AIDILADHA..so buzyla skit..
Sebenarnye byk lg gambar2 masa cuti kat cameron ari tuh..tp rasa mcm dah muak pulak nak citer pasal cameron tuh..nantila..bile dah rajin skit barula aku uploadkan lagi gambar2 masa kat cameron ari tuh..
Ari nie nak citer pasal makanan pulak.. Menu kali nie juadah masa hari raya haji yg lepas..sambut raya haji kat rumah my MIL..aku wat laksa penang & blueberry cupcake..my MIL pulak wat roti jala n kuah kari




RESEPI : ROTI JALA N KUAH KARI
SUMBER: MY MIL

BAHAN-BAHAN UTK ROTI JALA
1 kg tepung gandum*
air]*
garam] secukupnya utk membancuh tepung*
pewarna kuning*
1 biji telur*

CARA- CARA
*Campurkan kesemuanya sehingga mesra..jgn terlalu cair & jgn jugak terlalu pekat. Cedok & masukkan ke dlm acuan roti jala & gunakan pan yg rata utk 'menjala' roti jala diatas dapur


BAHAN-BAHAN UTK KUAH KARI
500 gm ayam yg telah dibersihkan & dipotong kecil
1 senduk besar rempah kari daging babas digaulkan dgn air
1 batang kulit kayu manis*
2 biji bunga lawang*
3 biji bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*
1 labu bawang besar]
2 ulas bawang putih] dihiris halus
1 inci halia]
daun kari
3 biji ubi kentang dipotong dadu
1 biji santan
1 cawan air
minyak utk menumis
garam secukup rasa

CARA-CARA
1. Tumiskan bahan2 yg bertanda* sehingga kembang/wangi & masukkan serta tumis pulak bahan2 yg telah dihiris td sehingga naik bau
2. Kemudian masukkan pula rempah kari td beserta daun kari. Tumis sehingga garing
3. Masukkan ayam & kacau sehingga mesra
4. Kemudian masukkan santan & air. biarkan mendidih - air boleh tambah jika kuah agak pekat
5. Masukkan pula kentang & perasakan dgn garam
6. Bila ayam & kentang sudah lembut bolehla ditutupkan api
7. Siap utk dihidang bersama roti jala



RESEPI: LAKSA PENANG
SUMBER: MAT GEBU TP TELAH DIOLAH OLEH ROZAMY

BAHAN-BAHAN
2 peket laksa kering - direndam semalaman & direbus
8 ekor ikan kembung besar - direbus & dimesin isi serta tulangnya
20 tangkai cili kering*
15 biji cili padi*
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
daun kesom-ikut suka
5 tangkai bunga kantan
10 keping asam keping
garam secukup rasa
air rebusan ikan secukupnya

CARA-CARA
1. Mesin bahan2 yg bertanda* masukkan kedlm air rebusan ikan td & renehkan sehingga mendidih
2. Masukkan ikan serta tulang yg telah dimesinkan td
3. Kacau & masukkan pulak asam keping td
4. Kemudian masukkan bunga kantan, daun kesom & garam secukup rasa
5. Apabila semua bahan sudah mesra bolehla ditutupkan api

**lg sedap buat kuah laksa nie sehari sblm utk dimkn. masa nie baru bahan2 td mesra..

BAHAN-BAHAN UTK HIASAN LAKSA
1 batang timun*
daun salad*
cili merah*
telur yg telah direbus
limau kasturi

bahan2 yg bertanda * dihiris halus & ditaburkan keatas laksa


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net