amy n roza's FotoPage

By: amy roza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 23-Mar-2009 06:51 Email | Share | Bookmark
~CheeSe TaRt & RenDanG AyaM~

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam Semua!!!Semalam try wat blueberry & strawberry cheese tart..Alhamdulillah..menjadi..hubby pun puji sedap... Resepi nie sebenarnye aku ambik dr fp Kak Rinn & En Mat Gebu punye pastu aku comparekan & terjdla tart nie... ..Tima kaceh ye Kak Rinn & Mat Gebu sbb bg resepi yg sedap nie...

masa lum bakar lg...





masa nie dah sudah bakar...




BLUEBERRY CHEESE TART
Makes 12

Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
125gm butter
40gm icing sugar
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 teaspn esen vanila

Kaedah penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Bahan Isian cheese:
250gm cream cheese
3/4 cwn gula icing
1 biji telur
1/2 cwn whipping cream
1 camca teh esen vanila
Blueberry filling secukupnya
*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.

Kaedah penyediaan:
1. Pukul cheese dan telur hingga sebati.
2. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
3. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
4. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling
di tengah-tengahnya.
5. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175 darj cel.
Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.


Rendang ayam nie lak wat minggu lepas..bkn rendang ayam biasa..tp rendang aym bersama pucuk paku...





RENDANG AYAM PUCUK PAKU

Bahan – bahan

2 Ekor ayam – dibersihkan & dipotong kecil
3 Biji santan
Garam secukup rasa
3 Batang serai diketuk
Sedikit kerisik
2 Helai daun kunyit dihiris nipis
1 @ 2 Ikat pucuk paku – ikut kedai yg jual
Minyak utk menumis

Bahan Yg dimesin

3 Biji bawang besar
6 Ulas bawang besar
1 Inci halia
12 Tangkai cili kering
3 Batang serai

Cara – cara

1.Tumis bahan yg dimesin..Tumis sehingga naik minyak..Selepas itu masukkan ayam & serai serta santan. Kacau sehingga ayam empuk & kuah agak kering
2.Kemudin masukkan pucuk paku. Selepas itu bolela dimasukkan kerisik serta perasakan dgn garam..
3.Kacau lg & bile kerisik dah mesra bolela di masukkan daun kunyit
4.Bolehla ditutup api & dihidangkan


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net